Saturday 17 September 2011

uda & dara -Aisya Sofea

Saat aku membenci dirimu, 
kau dtg utk memujuk..


Sudah sekian lama terpisah kerana masing2 mngejar cita2, tidak mungkin siti mariam menerima cinta izzat hilman. Kenangan lalu yg sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si Uda tidak putus asa, Si dara harus dimiliki walau apa pun yg terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi kemunculan Khalidah bagai dirancang utk memisahkan mereka.

Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi sedia utk berpisah. Tempoh diberi hanya tujuh bulan. Muktamad!

Berat sungguh syarat itu! Namun, si Uda tidak peduli. Si Dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

"Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi dan abang takkan sia-siakan Mar"